Wednesday, June 17, 2009

Nasha Boneka : Sahkan kenyataan TGNA



Reaksi timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa terhadap kenyataan lunak Najib yang mengatakan PAS ikhlas dalam membentuk kerajaan perpaduan amat memalukan bagi sebuah parti yang bermaruah. Menjadi sejarah duka bagi PAS memiliki individu berstatus ulama tetapi tidak memahami perjuangan parti serta manifestasi ahli2 PAS khususnya dan rakyat amnya.




Orang no.2 PAS itu nampak girang sekali dalam responnya itu, walaupun beliau tahu ramai di kalangan pimpinan PAS dan PR menolak gagasan yang tak tentu arah itu. Kenapa menjadi sungguh tak peka sekali dengan amaran Mursyidul am. TGNA. Samada senagaja mahu tunjuk belang atau memang pengkhinat parti. Malang sungguh Tuan Presiden kita bertimbalankan seorang yang pendiriannya dengan islam seperti lalang.




Di mana Mustafa Ali yang suruh pimpinan tutup mulut pasal kerajaan perpaduan ini? Adakah arahan yang kemudiannya ditukar bunyi kepada rayuan itu hanya ditujukan kepada TGNA sahaja, dan dalam masa sama dibenarkan sebebas-bebasnya Nasha mengeluarkan kenyataan yang tak pandai menjaga hati Mursyidul am yang memang tengah berang tentang isu ini. Kalau semua berhenti keluarkan kenyataan, saya rasa TGNA tidak lah memberi respon yang keras begini. Jadi siapa sepatutnya diam dalam isu ini.




Ramai yang saya dengar dikalangan pimpinan selain pimpinan PAS Kelantan, yang lantang juga menegur TGNA, ada yang kata TGNA tak sepatutnya keluarkan kenyatan itu dan ini. Kenapa dalam ramai2 yang menasihati TGNA, tiada pula mereka nasihatkan TGHH dan Nasha dari mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara yang dipertikaikan? saya yakin kenyataan keras TGNA ialah supaya mereka cermin diri dan sedar di mana mereka berada. Apbila mereka terus dengan angan-angan kerajaan perpaduan padan lah kalau TGNA bagi buah keras.




Sebelum ini TGNA kata mereka yang mahu kepada unity goverment ialah boneka2 umno. Kata-kata TGNA memang betul dan selang 2,3 hari sahaja sudah nampak dengan jelas siapa boneka itu. Bila jelas dia boneka umno maka tentu tepat sekali jika TGNA suruh dia lepaskan jawatan dalam parti dan ahli parlimen Bachok. Kita sokong kepimpinan ulamak, tetapi bukan ulamak yang tak boleh harap seperti Nasharudin Mat Isa.

2 comments:

  1. Jgn harap nak tipu TGNA. Bacaan politik dia tepat. Memang patut dia marahkan Nasha. Jgn siapa2 pertikai! Nasha rosakkan usaha dakwah TGNA selama 20 tahun. Mereka buat masalah TGNA yang kena jawab.

    ReplyDelete
  2. Boikot TP dan SUA PAS, halau je mereka nie. Menyusahkan orang je......

    ReplyDelete