Saturday, June 6, 2009

Ulama vs Erdogan dalam PAS

Persoalan ulama, Erdogan dan profesional dalam pas sudah lama kita dengar. Pun begitu apa yang kita dengar hanyalah ulasan dari media. Kewujudan hanya dicanangkan oleh pihak media berdasarkan perselisihan pendapat di kalangan pimpinan pas.

Apa yang pasti semua pimpinan pas berjuang atas dasar yang jelas yang sudah termaktub dalam perlembagaan parti. Jadi mengapakah isu ulama. profesional dan Erdogan saja yang diperbesar-besarkan. Tentang kesepakatan mereka dalam mendaulatkan islam serta nilai-nilai murni islam tidak dihebahkan. Di sini lah kita nampak bahawa media sengaja jadikan isu ini bagi mengelirukan ahli-ahli parti seterusnya meninggalkan parti dengan alasan ahli sudah hilang keyakinan kepada pimpinan dan parti. Ini lah agenda sebenar mereka yang sememamng nya kita tahu bahawa media adalah alat umno.

Jika ini lah agenda tersembunyi mereka, sepatut nya kita perlu berhati-hati dengan mereka, jangan sekali kita sendiri menyerahkan peluru kepada yang akhir nya peluru makan tuan.
Saya sebagai ahli biasa yang sentiasa memerhati dari jauh, nampak juga beberapa kelemahan dan kesilapan yang tidak sepatut nya berlaku di kalangan pimpinan pas sendiri, ada yang menyerahkan peluru percuma kepada musuh dan ada juga masuk perangkap media dengan kenyataan yang menguntungkan musuh dalam usaha mereka membuktikan wujud nya perpecahan di kalangan pimpinan.

Pada saya perselisihan pendapat adalah perkara biasa yang perlu dilihat secara positif selagi ia tidak melibatkan dasar. Oleh itu hidupkan semangat syura agar segala kebuntuan dapat dirungkai kan secara syura. Gunakan sepenuh nya saluran parti, bukan melalui media cetak mahu pun blog-blog. Ia tidak menguntungkan parti apatah lagi islam. Bahkan merosakkan reputasi sendiri.

No comments:

Post a Comment