Saturday, July 4, 2009

Nasruddin Tantawi Laju Tak Bertempat


Sebelum ini Ketua Pemuda Pas pusat, Ust. Nasruddin dilihat seperti lebih sudu dari kuah dalam isu kerajaan perpaduan. Sekarang ini setelah selesai isu tersebut beliau nampaknya terkapai-kapai dalam meneruskan agenda pemuda.


Dalam terkapai-kapai begini beliau sekali lagi dilihat laju tak bertempat seolah-olah orang yang sedang mencari publisiti dengan menjemput pemuda umno berwacana ilmiyyah dengan pemuda pas. Saya bukanlah mempertikaikan keikhlasan beliau dalam hal ini, tetapi merasakan langkah beliau nampak tidak matang sebagai orang yang bertanggungjawab mengemudi pemuda pusat.


Apa tidaknya, isu kerajaan perpaduan yang baru tenang ributnya sepatutnya beliau mengambil sikap tawaquf dulu sebarang bentuk pertemuan atau apa-apa perbincangan dengan umno. Semua sudah maklum, setiap pertemuan sebelum ini membawa fitnah kepada parti yang boleh menggoncang parti seterusnya mungkin boleh membawa padah kepada Pas pada PRK Manek urai nanti. Seolah-olah apa yang kita lalui sebelum ini tidak diambil iktibar.


Buat masa sekarang tumpu dulu kepada PRK Manek Urai, serang dulu umno dengan isu-isu semasa yang relevan dengan PRK Manek Urai. Silap langkah dalam ghairah nak berjumpa dan berwacana dengan pemuda umno nanti memberi kesan tidak baik kepada pengundi-pengundi di manek Urai yang setiap hari dimomokkan dengan berita-berita negatif. Apa-apa pun tunggu selepas PRK N41 Manek Urai dulu. Kesian lan sikit pada Tok guru yang sedang bertarung habis-habisan dengan qudrat yang sudah pun terbatas itu.


Kita sudah pun diserang bertubi-tubi oleh umno, tetapi di mana suara pemuda pusat dalam memberi counter attack serta menangkis isu-isu yang dibangkitkan oleh umno. Di sinilah kita ingin melihat kerja-kerja padu dan mantap daripada pemuda pusat. Setakat ini, pemuda Kelantan saja yang kedengaran menangkis setiap tuduhan umno.

No comments:

Post a Comment