Saturday, July 18, 2009

Faktor2 kemerosotan undi PAS di Manek Urai

Adakah PAS kalah di Manek Urai? Pada saya Pas tak kalah cuma merosot. Apa pun tahniah kepada Abe Uji dan lepas ni boleh angkat sumpah sebagai ahli dewan undangan negeri yang membawa gelaran yb. Kira menang lah tu, yang perasan menang kalau tak boleh jadi yb terima lah hakikat kekalahan.

Cuma mesti ada sedikit kekecewaan dalam menyambut kemenangan kerana kita mengharapkan undi majoriti lebih besar, tidak pun mengekalkan majoriti dalam pru 12 baru2 ini. Saya tidak ingin mengulas angka2 kerana ulasan saya pun dah melewati masa. Sudah banyak ulasan berkenaan angka2 dalam 2-3 hari lepas. cuma saya nak nukilkan faktor2 kemerosotan Pas dalam prk n41 Manel Urai dari sembang2 kedai kopi serta apa yang bermain di kepala saya sekarang ini.

Antara faktor2 nya:

1. Calon
Memang semua akan akur kepada pucuk pimpinan dalam menetukan calon. Cuma bila kita berhadapan dalam pilihanraya kecil yang mana bukan saja kita berhadapan dengan umno/bn tetapi dengan kerajaan Malaysia yang dipimpin mereka, maka soal calon mestilah lebih kepada ciri anak DUN Manek Urai sendiri. Bukan lah pula saya kata abe uji kita tak bagus, tetapi sentimen pengundi hendaklah diambil kira kerana mereka yang akan mengundi dan memilih wakil mereka.
Apabila bukan calon tempatan, kerugian undi akan berlaku, totok umno sudah tentu akan undi umno, umno biasa pun merasakan tiada apa yang istimewa jika mereka nak beralih angin kepada PAS keran calon bukan jiran aku atau sekampung dengan aku, mungkin begitu keluh mereka. Kalau Calon tempatan, totok umno dan umno biasa pun mungkin kita akan akan dapat undi mereka atas dasar kawan rapat, sahabat handai serta kaum keluarga terdekat. Mungkin tidak ramai, tetapi dalam demokrasi satu undi sangat berharga.
Satu lagi akan berlaku ialah kemungkinan kekecewaan anak tempatan yang layak jadi calon tapi tak tercalon, menyebabkan mereka tidak bekerja bersungguh2 bagi memenangkan PAS, yang menakutkan apabila berlaku protes senyap. Ini sudah pun berlaku. Siapa kata ini tidak menjadi masalah? Kalau boleh merosotkan undi, itulah masalah sebenar.

2. Kempen yang kurang ko-ordinasi
Kita juga nampak sepanjang kempen baru-baru ini, walau pun PAS nampak lebih ghairah dan terdahulu dalam menggerakkan jentera kempen di bawah Yb. Abdul Fatah Haron tetapi tidak tersusun dan nampak bercelaru. ko-ordinasi kurang memuaskan. Di sana-sini ada kempen tetapi maklumat program tak sampai pun kepada pengundi2 keseluruhan tempat program diadakan. Dalam tinjauan saya ramai penduduk2 setempat tak tahu pun program yang diadakan. Yang tahu pun dua tiga kerat ahli dan keluarga pemimpin setempat yang selalu berkerumun di UPU atau pos2 parti. Kalau yang dok berkerumun dekat pos2 PAS tu dah tentu totok pas, sasaran kita pengundi2 atas pagar dan ahli2 umno yang tak kuat sangat. Pergi lah kemana, masa kempen, begitu lah keadaan.
Perayu2 undi muslimat pula, walaupun rajin naik rumah kerumah dalam program ziarah pula dengan membawa buah tangan seperti gula dan sepeket teh boh, tetapi tidak didedah kan dahulu dengan isu-isu yang bernas. Sekadar fikir bulat-bulat deh! sokong abe uji kita, sokong tok guru! tak seberapa dalam menarik pengundi. Sepatutnya mereka dikursuskan dengan isu2 yang patut dimainkan habis-habisan.
Nampak sangat Abdul Fatah terlepas pandang bab ini.

3. Pemimpin2 pas tempatan yang nampak lebih elit.
Dalam pemerhatian saya, ada segelintir tapi bukan semua yang berjawatan dalam parti lebih tertumpu kepada markaz2 dan pos2, kot2 ada yb ke exco2 ke dan tunggu bawah dagu mereka, apa ni? Cari projek pun cari la masa lain. Jangan tinggal bukit Uhud kerana berebut ghanimah(harta rampasan perang). Semua tahu cerita perang Uhud. Kenapa jadi macam ni. Ada yang saya dengar ketua UPU, tok ngulu siang malam dok tunggu markaz induk. Orang bawah buat kerja kalau tiada seliaan siapa2 porak peranda lah.
Yang nampak elit pula, bila tertumpu kat markaz sahaja, ahli2 biasa yang tak berjawatan parti rasa segan nak jenguk pos2 dan markaz2 kerana tidak diajak atau tidak disapa mungkin akan jadi tawar hati. Apa lagi ahli umno. Moga2 pemimpin2 peringkat cawangan atau kawasan ni jangan la dok syok sendiri dengan jawatan kalau nak parti menang besar. Ingat kita ada ahli2 dibawah yang mungkin buat protes senyap kerana sikap kita.

4. Sabotaj dari orang2 yang kecewa
Ada ke macam ni dalam pas, orang2 pas pun manusia biasa jugak, bukan malaikat. Yang kecewa ni biasa nya yang berangan2 nak jadi yb tapi tak kesampaian kerana tak tercalon. Dalam senyap-senyap mereka akan buat perkara2 yang boleh menjatuhkan calon pilihan pemimpin. Tambahan pula yang memang telah lama ada krisis dengan abe uji. kalau tak ada, takkan bertaburan surat2 layang dua hari sebelum hari mengundi, yang bertajuk "Drama di prk DUN Manek Urai". jelas dalam surat layang itu memburuk2kan calon PAS serta menjatuhkan kredibiliti abe uji.
Bagi mengelakkan perkara macam ni daripada berlaku, pilih lah pemustautin Manek Urai jadi calon. Walau tiada kepastian siapa yang tabur surat2 layang itu, dari cakap2 kedai kopi ialah kerja orang2 PAS sendiri yang sedih bila abe uji menang.

5.Politik wang/beli undi
Orang beli orang atau orang jual diri kerana duit bukan rahsia lagi, terang2, tapi aneh nya dimana petugas2 keselamatan. Takkan seronok dapat vest cantik leka daripada mengekori ejen beli undi ini. Dek kerana terlalu yakin orang pas ambil duit tapi pangkah bulan. Maka kita semua leka! Itu masa pru 12 2008. Sekarang 2009 dah!. umno dah belajar dari kesilapan dia dulu. Kita masih pakai taktik lama. Kalau Mac 2008 dulu setakat rm 100 atau rm 50, sekarang umpan dia lagi besar, siap kena bersumpah pangkah dacing pulak tu! Yang jelas apa yang terjadi di pejabat kesedar di Peria. itu yang jelas. belum masuk yang ketuk pintu rumah pukul 2,3 pagi bagi duit 2,3 ribu. Komang-komang pun ada yang dapat rm 600, kalau yang ada 5,6 orang anak yang layak mengundi takkan tak berbaloi umno beli 5,6 ribu. Ini yang berlaku di prk Manek Urai. dengar cerita, entah betul entah tidak, umno memang merancang membeli 6,000 pengundi dengan bajet rm500 seorang. Kalau sampai target tu konfom dia menang. Untuk baiki maruah kekalahan dalam prk sebelum ini. Dia kalah mungkin duit tu tak semua diguna untuk beli undi. Masuk poket la separuh! Kalau tak habis pas. Nasib baik puak2 umno ni tak amanah.

5. Janji2 manis umno
Panas2 lagi kubur Paku Wil, Umno dah canangkan manek urai akan jadi anak angkat kerajaan persekutuan, Muhyidin pula nak jadikan manek urai anak emas kerajaan persekutuan. Dua hari sebelum pembuangan undi nak buat jambatan yang menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru. Janji bunyi tambah sedap bila Muhyidin kata Menang hari ini esok saja kita buat jambatan. Macam janji PakLah dalm PRU 11 dulu kat Kuala Trengganu, "tuan-tuan akan lihat pembangunan yang tuan2 tak lihat sebelum ini" ceh! apa yang orang Trengganu dapat hari ini. Tapi orang Manek Urai tertipu lagi. Mentaliti orang Ulu mana sama dengan orang Bandar.
Banyak lagi janji Muhyidin yasin. Tak kuasa saya nak bilang di sini. Tuan2 refer lah kat surat khabar, mesti ada dan betul. Kalau hal pas jangan refer kat akhbar2.

6. Pengundi hantu
Saya ada sembang dengan orang MAFREL yang dapat pegiktirafan dari SPR untuk jadi pemantau pilihanraya, saya tanya ada ke pengundi hantu, masa tu saya kat SMK Laloh, kebetulan saya kenal orang mafrel tu, dia jawab ada, kita dah tangkap 4,5 orang. saya tak sempat tanya la hantu macam mana kerana dia nak masuk semula pantau perjalanan pilihanraya. Umno memang target nak menang, selain beli orang dia juga bawa hantu. Ada orang sama mengundi sampai 2,3 kali. Jadi tak hairan lah kalau undi kita merosot. Kalau di Pengkalan Pasir dulu kita kalah, tapi dalam pru 12 kita menang besar, apa nak hairan di manek Urai kita menang tipis. PRU 13 nanti kita akan tambah majoriti dengan syarat semua faktor2 tadi tidak diulangi.

7. Pemuda pusat kurang ghairah kempen
Kalau betul la cakap2 ni, oarang yang patut kena kutuk ialah Nasa Tantawi. Apa yang dapat saya lihat ialah Tantawi ni suka cari publisiti, lupa tanggungjawab pemuda pusat di Manek Urai. dia lebih sibuk dengan wacana. Rasa diri hebat sangat dapat salam dengan timbalan ketua pemuda umno, segak dengan kot serta bertali leher lagi, sampai tercekik leher dan nampak kontot. Tak tahu saya pemimpin macam ni boleh pimpin pemuda pusat. Letih dan lesu. sekadar jadi juara perpaduan. kalau Tok guru dah hantar surat nak debat dengan Najib, cukup la sekadar Tantawi ni backing tok guru pasal debat ni. tapi dia pula nak berdebat. Nak berlumba dengan Tok Guru. Lupa fokus sendiri. Tantawi sekadar jenguk Manek Urai dan makan durian di chuchoh Puteri B, di pos darul syabab, pos nik Abduh dan kumpulannya. nampak nya tantawi singgah di pos yang sekepala dengan nya saja. Tempat lain mungkin rasa rimas kot kerana tak sebulu. seorang pemimpin kena gentleman la sikit. Perbezaan letak tepi dulu. Saya tak nampak aura ketua pemuda pas pusat di Manek Urai. Mungkin geng2 perpaduan ni lebih suka kalau pas kalah, padan muka tok guru. andaian saya je la tu.

8. Isu kerajaan perpaduan
Pada saya ia isu yang kompleks, isu besar. Di antara isu paling besar yang harus disedari oleh pemimpin yang menyumbang kepada kemerosotan undi prk Manek Urai. Jangan ada yang menidakkan isu ini. Bila sebut isu kerajaan perpaduan ialah perpecahan dan pertelingkahan sesama pemimpin. Rakyat muak bila pemimpin sesama pemimpin bertelagah di halayak ramai. Isu yang boleh beri kesan buruk kepada parti serta terbukti di Manek Urai.
Ada orang mempertikaikan bila saya cakap, tetapi yang saya dengar umno main kan isu ini bila masuk ke kampung2. Orang kita pula tak pandai tolak. khususnya perayu2 undi. Mereka mainkan isu tok guru saja tolak perpaduan, sedangkan Haji Hadi nak perpaduan dengan umno. Perkataan perpaduan ialah perkataan murni. Kalau Tok guru tak mau perkara murni buat apa sokong tok guru, itu sifir mereka.
Bila isu ini sudah diselesaikan, jangan ada pula yang cuba menghidupkan isu ini. Jangan ada lagi perjumpaan dalam gelap dengan umno yang melibatkan pimpinan kita. Rakyat akan hukum kita pada pru 13 nanti. Setiap perjumpaan dengan pemimpin umno samada secara sulit atau terang2 boleh membawa fitnah kepada parti. Buat masa sekarang stop dulu. Tak sesuai. 50 tahun lagi tu kita tak payah fikir sekarang.
Itu saja sekadar yang sempat saya taip, jadi beringat2. Menerima kesilapan kita sendiri lebih baik daripada menuding jari.

Friday, July 10, 2009

Polis Punca Kesesakan Lalu-lintas di Manek Urai


Beberapa hari sebelum hari penamaan calon, sudah menampakkan akan berlaku kesesakan lalu-lintas yang teruk di Manek Urai. Apa tidak nya kerana semua jentera kedua-dua parti dari seluruh negara berkampung di Manek Urai. Selebih nya pula ialah pihak keselamatan dengan segala kelengkapan ditambah dengan bilangan yang terlalu ramai yang merimaskan.


Walau apa pun punca kesesakan yang berlaku di Manek Urai, hanya satu yang ingin saya bangkitkan di sini. Yang ingin saya sebut di sini ialah kesesakan yang disebabkan oleh kehadiran anggota polis yang terlalu ramai. Mulanya saya ingin lampirkan gambarnya sekali di sini bagi menguatkan dakwaan saya, tapi memandangkan terlalu ramai anggota polis berkawal dan yang lalu lalang maka saya tak jadi nak rakam gambar2 deretan kenderaan mereka terutama di simpang empat Laloh, Lata Rek. Kalau rakam gambar silap haribulan kamera digital yang baru saya beli kena rampas pula, lagi pun saya tak nak buat hal dengan mereka. Cukup lah sekadar dengan tulisan ini.


Semakin hari, semakin teruk keadaan di sini. Tidakkah pihak PDRM perasan masalah ini terutama kepada penduduk yang setiap hari menggunakan laluan masuk ke Pekan Laloh. Kalau sesak sejam dua boleh tahan lagi, inikan pula berhari-hari. setiap hari kedengaran berlaku kemalangan kecil melibatkan motosikal di simpang itu yang terletak Balai Polis Laloh yang baru dan di situ lah didirikan dua buah khemah taktikal polis yang mana setiap khemah boleh dikatakan sebesar padang bola sekolah rendah. Ditambah lagi dengan berpuluh-puluh khemah kecil. Bayang kan berapa ramai anggota dan berapa banyak kenderaan mereka yang terpaksa parking di sekitar persimpangan itu yang boleh menghalang pandangan pemandu kenderaan yang mahu keluar masuk simpang.


Apa yang saya perhatikan di sebelah pagar balai polis itu masih ada satu kawasan lapang bertentangan dengan banglow yang belum siap yang boleh dijadikan parking lot sementara bagi mengurangkan kesesakan itu. Kalau becak pun takkan dengan peruntukan yang besar tak boleh beli batu dua tiga lori dan curahkan di situ. Takkan benda tu pun PDRM tak boleh fikir. Atau adakah sengaja nak buat kacau untuk tidak melancarkan program-program PAS di UPU Laloh yang sentiasa rancak dengan program. Mungkin juga kesesakan yang disebabkan oleh orang awam saja yang perlu diambil tindakan, manakala polis pula bebas mengganggu lalu-lintas.


Sebelum ini seringkali kita dengar program-program ceramah PAS dihentikan oleh pihak polis atas alasan mengganggu kesesakan lalu-lintas, walaupun hanya akan tamat pukul 12 malam. Maknanya kalau sesak pun hanya 2 hingga 3 jam sahaja. Tetapi dengan penuh tegas mereka arahkan supaya dihenti. Kesesakan di Simpang 4 Laloh, Lata Rek ini akan mengambil masa dua minggu. Apa tindakan mereka?


Saturday, July 4, 2009

Nasruddin Tantawi Laju Tak Bertempat


Sebelum ini Ketua Pemuda Pas pusat, Ust. Nasruddin dilihat seperti lebih sudu dari kuah dalam isu kerajaan perpaduan. Sekarang ini setelah selesai isu tersebut beliau nampaknya terkapai-kapai dalam meneruskan agenda pemuda.


Dalam terkapai-kapai begini beliau sekali lagi dilihat laju tak bertempat seolah-olah orang yang sedang mencari publisiti dengan menjemput pemuda umno berwacana ilmiyyah dengan pemuda pas. Saya bukanlah mempertikaikan keikhlasan beliau dalam hal ini, tetapi merasakan langkah beliau nampak tidak matang sebagai orang yang bertanggungjawab mengemudi pemuda pusat.


Apa tidaknya, isu kerajaan perpaduan yang baru tenang ributnya sepatutnya beliau mengambil sikap tawaquf dulu sebarang bentuk pertemuan atau apa-apa perbincangan dengan umno. Semua sudah maklum, setiap pertemuan sebelum ini membawa fitnah kepada parti yang boleh menggoncang parti seterusnya mungkin boleh membawa padah kepada Pas pada PRK Manek urai nanti. Seolah-olah apa yang kita lalui sebelum ini tidak diambil iktibar.


Buat masa sekarang tumpu dulu kepada PRK Manek Urai, serang dulu umno dengan isu-isu semasa yang relevan dengan PRK Manek Urai. Silap langkah dalam ghairah nak berjumpa dan berwacana dengan pemuda umno nanti memberi kesan tidak baik kepada pengundi-pengundi di manek Urai yang setiap hari dimomokkan dengan berita-berita negatif. Apa-apa pun tunggu selepas PRK N41 Manek Urai dulu. Kesian lan sikit pada Tok guru yang sedang bertarung habis-habisan dengan qudrat yang sudah pun terbatas itu.


Kita sudah pun diserang bertubi-tubi oleh umno, tetapi di mana suara pemuda pusat dalam memberi counter attack serta menangkis isu-isu yang dibangkitkan oleh umno. Di sinilah kita ingin melihat kerja-kerja padu dan mantap daripada pemuda pusat. Setakat ini, pemuda Kelantan saja yang kedengaran menangkis setiap tuduhan umno.

Wednesday, June 17, 2009

Nasha Boneka : Sahkan kenyataan TGNA



Reaksi timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa terhadap kenyataan lunak Najib yang mengatakan PAS ikhlas dalam membentuk kerajaan perpaduan amat memalukan bagi sebuah parti yang bermaruah. Menjadi sejarah duka bagi PAS memiliki individu berstatus ulama tetapi tidak memahami perjuangan parti serta manifestasi ahli2 PAS khususnya dan rakyat amnya.




Orang no.2 PAS itu nampak girang sekali dalam responnya itu, walaupun beliau tahu ramai di kalangan pimpinan PAS dan PR menolak gagasan yang tak tentu arah itu. Kenapa menjadi sungguh tak peka sekali dengan amaran Mursyidul am. TGNA. Samada senagaja mahu tunjuk belang atau memang pengkhinat parti. Malang sungguh Tuan Presiden kita bertimbalankan seorang yang pendiriannya dengan islam seperti lalang.




Di mana Mustafa Ali yang suruh pimpinan tutup mulut pasal kerajaan perpaduan ini? Adakah arahan yang kemudiannya ditukar bunyi kepada rayuan itu hanya ditujukan kepada TGNA sahaja, dan dalam masa sama dibenarkan sebebas-bebasnya Nasha mengeluarkan kenyataan yang tak pandai menjaga hati Mursyidul am yang memang tengah berang tentang isu ini. Kalau semua berhenti keluarkan kenyataan, saya rasa TGNA tidak lah memberi respon yang keras begini. Jadi siapa sepatutnya diam dalam isu ini.




Ramai yang saya dengar dikalangan pimpinan selain pimpinan PAS Kelantan, yang lantang juga menegur TGNA, ada yang kata TGNA tak sepatutnya keluarkan kenyatan itu dan ini. Kenapa dalam ramai2 yang menasihati TGNA, tiada pula mereka nasihatkan TGHH dan Nasha dari mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara yang dipertikaikan? saya yakin kenyataan keras TGNA ialah supaya mereka cermin diri dan sedar di mana mereka berada. Apbila mereka terus dengan angan-angan kerajaan perpaduan padan lah kalau TGNA bagi buah keras.




Sebelum ini TGNA kata mereka yang mahu kepada unity goverment ialah boneka2 umno. Kata-kata TGNA memang betul dan selang 2,3 hari sahaja sudah nampak dengan jelas siapa boneka itu. Bila jelas dia boneka umno maka tentu tepat sekali jika TGNA suruh dia lepaskan jawatan dalam parti dan ahli parlimen Bachok. Kita sokong kepimpinan ulamak, tetapi bukan ulamak yang tak boleh harap seperti Nasharudin Mat Isa.

Monday, June 15, 2009

Tiada Arahan Tumpah Darah di Manek Urai

Sehari dua ni macam panas sikit, apa tidak nya kalau betul ada arahan supaya tumpah darah berlaku di Manek Urai bagi mempertahankan Kerusi oleh pimpinan PAS. Pandai media main isu untuk menolong umno yang sedang nazak.

Semasa perasmian markas induk Dun Manek urai baru2 ni, saya ada kat situ mendengar ucapan beberapa orang termasuk Mursyidul Am sendiri. Dari pengamatan saya tiada keluar sepatah pun daripada pimpinan yang berceramah pada malam itu arahan supaya bertumpah darah.

Yang ada ialah memberi semangat kepada petugas2 dengan menggunakan segala kemahiran yang ada pada diri masing2. Itu perkara biasa dalam mana2 pilihanraya. Gaya bahasa yang digunakan hanya untuk menaikkan semangat. Mungkin media mengambil sepatah perkataan sahaja untuk dinilai sebagai tumpah darah.

Nampaknya umno awal2 lagi sudah kecut perut dalam pertarungan di N41 Manek Urai. sebab itu menggunakan saluran media sepenuh nya untuk mengelirukan pengundi2. segala jentera2 agensi kerajaan dikerah sama bagi memastikan kemenangan berpihak pada umno.

Tapi insyaallah pengundi Manek Urai tidak semudah itu untuk dikalahkan.

Sunday, June 14, 2009

UG Demi Melayu atau Islam?

Masih lagi mengenai UG, walau pun mungkin sudah ramai yg makin muak dengan isu UG ni, tapi saya nak panjangkan sikit lagi. Persoalan nya mungkin lain sikit.

Saya masih tertanya2 lagi hingga sekarang UG ni demi apa sebenar nya? Oleh kerana empunya idea masih tak perinci apa2 lagi, cuma manusia2 mana ntah yang memandai2 beri penjelasan2 dungu kat forum TKO. Setakat yang dijelas kan oleh TGHH sendiri ialah menubuh kan kerajaan berbagai2 parti tanpa menghilang kan identiti masing2 untuk sama2 menyertai dan mentadbir kerajaan. Bermakna mewujudkan kerajaan tanpa pembangkang.

Ok lah kita tak nak soal pasal logik tak logik cadangan ini. cuma saya nak soal di sini apakah motif idea ini dilontar kan, sedangkan ia bukan keperluan semasa yang mendesak kerana kita sudah pun ada platform yang baik iaitu PR. Bersama PR lah kita harungi PRU12 dulu. Setelah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang dua beranak, sebelum ni penentang islamic state dapat dijinakkan, kenapa pula selepas menang bersama dan dapat bentuk kerajaan bersama di Perak, tiba2 idea ini dilontarkan serentak itu diiringi ugutan mahu keluar PR.

Mesti ada sesuatu yang tersirat dalam kepala TGHH dan kumpulan nya, kalau tidak kenapa mereka sanggup memunafikkan diri mereka dengan sanggup mungkir janji, sanggup mengkhianati pengundi2 bukan islam yang memberi sokongan kepada pas,, sanggup berbohong pula!!. Yang tersirat tu mesti demi sesuatu yang lebih besar. Yang besar pada saya ialah samada kerana Melayu atau islam, atau kerana melayu dan islam sekaligus. Tapi menurut penulis2 karut kat forum TKO kerana untuk meningkat kan ekonomi, membaiki istem perundangan kearah yang lebih baik dan macam2 lg. Ada yg bagi contoh Indonesia. Lawak2!!

Kalau kerana Melayu, bererti perkauman. Kalau kerana melayu dan islam pun prkauman juga. Kerana kita nak letak di mana Cina muslim dan India muslim dan kaum2 lain yang muslim? Yang kafir mula di mana? Ramai yg berhujah kalau bersama PR, Kaum lain akan dominan apabila menang nanti. Maka saya beranggapan motif idea ini ialah untuk menguatkan islam dan melayu. Sekali imbas betul dan baik sekali. Tapi cuba kita sama2 buka sikit lagi minda kita dengan melatakkan jauh2 isu melayu atau kaum.

Apa lah sangat kita nak banggakan pada melayu, mulia kah kita kerana jadi melayu? arab sekalipun tiada tempat sekira nya menolak islam. Apa lah salah nya kalau kita ambil islam sahaja tanpa libat kan kaum. Kaum Arab Quraisy sendiri pun bila menolak Islam Allah sebut binasa sebagaimana dlam surah Al lahab, yg bermaksud, "celaka lah/binasa lah kedua2 belah tangan Abi Lahab". Abu Lahab tu Arab dan bapa saudara nabi lagi. Melayu pula dah la bukan saudara-mara nabi, bukan arab pula. jadi di mana besar nya melayu, sehingga itu yang menjadi keutamaan?

Kalau melayu islam, Salah kah kita kalau suatu hari nanti kita dapat PM Cina islam? Pada saya lebih baik Cina yg mau memartabat kan islam dari Melayu yang menolak islam lebih 50 tahun memerintah.

Oleh itu saya tidak nampak apa2 yang baik dari lontaran itu, bah kan ia suatu idea yang serba salah, dilontarkan oleh org2 yg hilang punca dalam perjuangan. Mungkin didorong oleh sikap al'ijlu atau ketergesaan. Ketergesaan itu adalah dari syaitan. Satu idea yg tidak ikhlas kerana ada sesuatu yg mendorong nya. Idea yang tiada basiroh, simpang siur dan penuh berliku. Sedangkan kita sudah ada jalan yg jelas dan sudah pun nampak kejayaan yang sudah dekat. Kenapa Hadi suka jalan yg lebih jauh dan penuh berliku dengan meninggalkan jalan yg terang yang sudah pun mendekati kita.

Sebab itu lah TGNA bersungguh2 dalam menolak UG ini. TGNA tidak menolak kerana suka2, mesti kerana ISLAM. Untuk meredakan isu ini, dengar saja nasihat TGNA. Tiada siapa yang perlu rasa rendah kerana memang pun TGNA Al Murshidul Am.

Tuesday, June 9, 2009

PPSMI, 10 subjek SPM & wajib lulus Inggeris

Najib salah lantik menteri pelajaran atau sengaja lantik Muhyidin untuk menghancurkan sistem pengajaran dan pembelajaran. Sudah lah rakyat gelisah dengan PPSMI, langkah pertama Muhyidin sebagai menteri pelajaran ialah menghadkan bilangan subjek kepada 10 subjek dalam SPM bermula tahun ini.

Dengan langkah nya yang mundur ke belakang itu, ia penuh dengan dendam politik, terutama kepada Kelantan. Beliau mungkin terlalu dengki dan irihati terhadap pencapaian cemerlang anak-anak Kelantan dalam SPM beberapa tahun ini. Ia cuba untuk menyekat pengaruh sekolah-sekolah agama kelolan YIK di bawah Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh TGNA.

Adakah saudara yakin subjek akan dihad kan seperti sekarang jika yang memerintah Kelantan sekarang adalah umno. Adakah subjek akan dihad kan juga kalau yang berjaya dapat 20A pelajar dari SMK Johor. Saya yakin tidak!

Ada kah dengan langkah yang sebegini dangkal dapat memartabat kan tahap pembalajaran anak-anak Malaysia? Semua bercakap kalau nak berjaya dalam apa-apa bidang sekali pun ia mesti lah wujud persaingan. Tanpa persaingan seolah-olah membantut kan usaha dan kejayaan.
Pada saya ini lah menteri pelajaran yang paling bodoh dalam Malaysia dan dunia.

Belum reda pasal 10 subjek, orang yang sama cuba nak hancur kan lagi pembelajaran anak-anak Malaysia khusus nya pelajar-pelajar luar bandar dan miskin. Dengan meletakkan syarat lulus Bahasa Inggeris dalam SPM makin tertutup lah hasrat pelajar-pelajar miskin dan luar bandar untuk memasuki IPTA terutama anak-anak Melayu.

Dengan PPSMI belum dimansuh kan lagi, ia semakin membebankan lagi pelajar Melayu apabila betul-betul syarat lulus BI dikuatkuasa kan. Nampak sangat Muhyidin bukan nya orang yang layak duduk di kementerian pelajaran, ia lebih sesuai di kementerian lama nya bersama lembu-lembu, itik ayam dan padi. Najib sengaja meletakkan orang yang jaga lembu untuk menjaga pelajaran mungkin agenda tersembunyi Najib sendiri untuk menjatuh kan Muhyidin dengan mengorban kan pendidikan dan pelajaran.

Muhyidin tidak sepatut nya menyentuh hal-hal sedemikian. sepatut nya lebih menumpukan kepada usaha-usaha penambahbaikan infrustruktur2 yang berkaitan dengan pembelajaran. Masih banyak lagi sekolah-sekolah di Malaysia ini yang serba kekurangan serta daif yang memerlukan perhatian menteri. Fikir lah bagaimana untuk menjaga kebajikan guru-guru terutama yang bertugas di luar bandar. Adakah kebajikan mereka cukup memuaskan sehingga fokus menteri baru kepada usaha merombakkan perkara2 yang bukan menjadi rungutan rakyat. Mungkin dia sudah hilang fokus.