Wednesday, June 17, 2009

Nasha Boneka : Sahkan kenyataan TGNA



Reaksi timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa terhadap kenyataan lunak Najib yang mengatakan PAS ikhlas dalam membentuk kerajaan perpaduan amat memalukan bagi sebuah parti yang bermaruah. Menjadi sejarah duka bagi PAS memiliki individu berstatus ulama tetapi tidak memahami perjuangan parti serta manifestasi ahli2 PAS khususnya dan rakyat amnya.




Orang no.2 PAS itu nampak girang sekali dalam responnya itu, walaupun beliau tahu ramai di kalangan pimpinan PAS dan PR menolak gagasan yang tak tentu arah itu. Kenapa menjadi sungguh tak peka sekali dengan amaran Mursyidul am. TGNA. Samada senagaja mahu tunjuk belang atau memang pengkhinat parti. Malang sungguh Tuan Presiden kita bertimbalankan seorang yang pendiriannya dengan islam seperti lalang.




Di mana Mustafa Ali yang suruh pimpinan tutup mulut pasal kerajaan perpaduan ini? Adakah arahan yang kemudiannya ditukar bunyi kepada rayuan itu hanya ditujukan kepada TGNA sahaja, dan dalam masa sama dibenarkan sebebas-bebasnya Nasha mengeluarkan kenyataan yang tak pandai menjaga hati Mursyidul am yang memang tengah berang tentang isu ini. Kalau semua berhenti keluarkan kenyataan, saya rasa TGNA tidak lah memberi respon yang keras begini. Jadi siapa sepatutnya diam dalam isu ini.




Ramai yang saya dengar dikalangan pimpinan selain pimpinan PAS Kelantan, yang lantang juga menegur TGNA, ada yang kata TGNA tak sepatutnya keluarkan kenyatan itu dan ini. Kenapa dalam ramai2 yang menasihati TGNA, tiada pula mereka nasihatkan TGHH dan Nasha dari mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara yang dipertikaikan? saya yakin kenyataan keras TGNA ialah supaya mereka cermin diri dan sedar di mana mereka berada. Apbila mereka terus dengan angan-angan kerajaan perpaduan padan lah kalau TGNA bagi buah keras.




Sebelum ini TGNA kata mereka yang mahu kepada unity goverment ialah boneka2 umno. Kata-kata TGNA memang betul dan selang 2,3 hari sahaja sudah nampak dengan jelas siapa boneka itu. Bila jelas dia boneka umno maka tentu tepat sekali jika TGNA suruh dia lepaskan jawatan dalam parti dan ahli parlimen Bachok. Kita sokong kepimpinan ulamak, tetapi bukan ulamak yang tak boleh harap seperti Nasharudin Mat Isa.

Monday, June 15, 2009

Tiada Arahan Tumpah Darah di Manek Urai

Sehari dua ni macam panas sikit, apa tidak nya kalau betul ada arahan supaya tumpah darah berlaku di Manek Urai bagi mempertahankan Kerusi oleh pimpinan PAS. Pandai media main isu untuk menolong umno yang sedang nazak.

Semasa perasmian markas induk Dun Manek urai baru2 ni, saya ada kat situ mendengar ucapan beberapa orang termasuk Mursyidul Am sendiri. Dari pengamatan saya tiada keluar sepatah pun daripada pimpinan yang berceramah pada malam itu arahan supaya bertumpah darah.

Yang ada ialah memberi semangat kepada petugas2 dengan menggunakan segala kemahiran yang ada pada diri masing2. Itu perkara biasa dalam mana2 pilihanraya. Gaya bahasa yang digunakan hanya untuk menaikkan semangat. Mungkin media mengambil sepatah perkataan sahaja untuk dinilai sebagai tumpah darah.

Nampaknya umno awal2 lagi sudah kecut perut dalam pertarungan di N41 Manek Urai. sebab itu menggunakan saluran media sepenuh nya untuk mengelirukan pengundi2. segala jentera2 agensi kerajaan dikerah sama bagi memastikan kemenangan berpihak pada umno.

Tapi insyaallah pengundi Manek Urai tidak semudah itu untuk dikalahkan.

Sunday, June 14, 2009

UG Demi Melayu atau Islam?

Masih lagi mengenai UG, walau pun mungkin sudah ramai yg makin muak dengan isu UG ni, tapi saya nak panjangkan sikit lagi. Persoalan nya mungkin lain sikit.

Saya masih tertanya2 lagi hingga sekarang UG ni demi apa sebenar nya? Oleh kerana empunya idea masih tak perinci apa2 lagi, cuma manusia2 mana ntah yang memandai2 beri penjelasan2 dungu kat forum TKO. Setakat yang dijelas kan oleh TGHH sendiri ialah menubuh kan kerajaan berbagai2 parti tanpa menghilang kan identiti masing2 untuk sama2 menyertai dan mentadbir kerajaan. Bermakna mewujudkan kerajaan tanpa pembangkang.

Ok lah kita tak nak soal pasal logik tak logik cadangan ini. cuma saya nak soal di sini apakah motif idea ini dilontar kan, sedangkan ia bukan keperluan semasa yang mendesak kerana kita sudah pun ada platform yang baik iaitu PR. Bersama PR lah kita harungi PRU12 dulu. Setelah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang dua beranak, sebelum ni penentang islamic state dapat dijinakkan, kenapa pula selepas menang bersama dan dapat bentuk kerajaan bersama di Perak, tiba2 idea ini dilontarkan serentak itu diiringi ugutan mahu keluar PR.

Mesti ada sesuatu yang tersirat dalam kepala TGHH dan kumpulan nya, kalau tidak kenapa mereka sanggup memunafikkan diri mereka dengan sanggup mungkir janji, sanggup mengkhianati pengundi2 bukan islam yang memberi sokongan kepada pas,, sanggup berbohong pula!!. Yang tersirat tu mesti demi sesuatu yang lebih besar. Yang besar pada saya ialah samada kerana Melayu atau islam, atau kerana melayu dan islam sekaligus. Tapi menurut penulis2 karut kat forum TKO kerana untuk meningkat kan ekonomi, membaiki istem perundangan kearah yang lebih baik dan macam2 lg. Ada yg bagi contoh Indonesia. Lawak2!!

Kalau kerana Melayu, bererti perkauman. Kalau kerana melayu dan islam pun prkauman juga. Kerana kita nak letak di mana Cina muslim dan India muslim dan kaum2 lain yang muslim? Yang kafir mula di mana? Ramai yg berhujah kalau bersama PR, Kaum lain akan dominan apabila menang nanti. Maka saya beranggapan motif idea ini ialah untuk menguatkan islam dan melayu. Sekali imbas betul dan baik sekali. Tapi cuba kita sama2 buka sikit lagi minda kita dengan melatakkan jauh2 isu melayu atau kaum.

Apa lah sangat kita nak banggakan pada melayu, mulia kah kita kerana jadi melayu? arab sekalipun tiada tempat sekira nya menolak islam. Apa lah salah nya kalau kita ambil islam sahaja tanpa libat kan kaum. Kaum Arab Quraisy sendiri pun bila menolak Islam Allah sebut binasa sebagaimana dlam surah Al lahab, yg bermaksud, "celaka lah/binasa lah kedua2 belah tangan Abi Lahab". Abu Lahab tu Arab dan bapa saudara nabi lagi. Melayu pula dah la bukan saudara-mara nabi, bukan arab pula. jadi di mana besar nya melayu, sehingga itu yang menjadi keutamaan?

Kalau melayu islam, Salah kah kita kalau suatu hari nanti kita dapat PM Cina islam? Pada saya lebih baik Cina yg mau memartabat kan islam dari Melayu yang menolak islam lebih 50 tahun memerintah.

Oleh itu saya tidak nampak apa2 yang baik dari lontaran itu, bah kan ia suatu idea yang serba salah, dilontarkan oleh org2 yg hilang punca dalam perjuangan. Mungkin didorong oleh sikap al'ijlu atau ketergesaan. Ketergesaan itu adalah dari syaitan. Satu idea yg tidak ikhlas kerana ada sesuatu yg mendorong nya. Idea yang tiada basiroh, simpang siur dan penuh berliku. Sedangkan kita sudah ada jalan yg jelas dan sudah pun nampak kejayaan yang sudah dekat. Kenapa Hadi suka jalan yg lebih jauh dan penuh berliku dengan meninggalkan jalan yg terang yang sudah pun mendekati kita.

Sebab itu lah TGNA bersungguh2 dalam menolak UG ini. TGNA tidak menolak kerana suka2, mesti kerana ISLAM. Untuk meredakan isu ini, dengar saja nasihat TGNA. Tiada siapa yang perlu rasa rendah kerana memang pun TGNA Al Murshidul Am.

Tuesday, June 9, 2009

PPSMI, 10 subjek SPM & wajib lulus Inggeris

Najib salah lantik menteri pelajaran atau sengaja lantik Muhyidin untuk menghancurkan sistem pengajaran dan pembelajaran. Sudah lah rakyat gelisah dengan PPSMI, langkah pertama Muhyidin sebagai menteri pelajaran ialah menghadkan bilangan subjek kepada 10 subjek dalam SPM bermula tahun ini.

Dengan langkah nya yang mundur ke belakang itu, ia penuh dengan dendam politik, terutama kepada Kelantan. Beliau mungkin terlalu dengki dan irihati terhadap pencapaian cemerlang anak-anak Kelantan dalam SPM beberapa tahun ini. Ia cuba untuk menyekat pengaruh sekolah-sekolah agama kelolan YIK di bawah Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh TGNA.

Adakah saudara yakin subjek akan dihad kan seperti sekarang jika yang memerintah Kelantan sekarang adalah umno. Adakah subjek akan dihad kan juga kalau yang berjaya dapat 20A pelajar dari SMK Johor. Saya yakin tidak!

Ada kah dengan langkah yang sebegini dangkal dapat memartabat kan tahap pembalajaran anak-anak Malaysia? Semua bercakap kalau nak berjaya dalam apa-apa bidang sekali pun ia mesti lah wujud persaingan. Tanpa persaingan seolah-olah membantut kan usaha dan kejayaan.
Pada saya ini lah menteri pelajaran yang paling bodoh dalam Malaysia dan dunia.

Belum reda pasal 10 subjek, orang yang sama cuba nak hancur kan lagi pembelajaran anak-anak Malaysia khusus nya pelajar-pelajar luar bandar dan miskin. Dengan meletakkan syarat lulus Bahasa Inggeris dalam SPM makin tertutup lah hasrat pelajar-pelajar miskin dan luar bandar untuk memasuki IPTA terutama anak-anak Melayu.

Dengan PPSMI belum dimansuh kan lagi, ia semakin membebankan lagi pelajar Melayu apabila betul-betul syarat lulus BI dikuatkuasa kan. Nampak sangat Muhyidin bukan nya orang yang layak duduk di kementerian pelajaran, ia lebih sesuai di kementerian lama nya bersama lembu-lembu, itik ayam dan padi. Najib sengaja meletakkan orang yang jaga lembu untuk menjaga pelajaran mungkin agenda tersembunyi Najib sendiri untuk menjatuh kan Muhyidin dengan mengorban kan pendidikan dan pelajaran.

Muhyidin tidak sepatut nya menyentuh hal-hal sedemikian. sepatut nya lebih menumpukan kepada usaha-usaha penambahbaikan infrustruktur2 yang berkaitan dengan pembelajaran. Masih banyak lagi sekolah-sekolah di Malaysia ini yang serba kekurangan serta daif yang memerlukan perhatian menteri. Fikir lah bagaimana untuk menjaga kebajikan guru-guru terutama yang bertugas di luar bandar. Adakah kebajikan mereka cukup memuaskan sehingga fokus menteri baru kepada usaha merombakkan perkara2 yang bukan menjadi rungutan rakyat. Mungkin dia sudah hilang fokus.

1Malaysia dan unity government

Pencetus idea unity government(UG) ialah Presiden pas Tg. Abdul Hadi Awang. Gagasan nya mula diperkatan ramai selepas pru 12 lalu di dalam suasana kita masih lagi meraikan kemenangan pru 12 bersama rakan-rakan dalam Barisan Alternatif ketika itu yang kemudian nya dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Suasana gembira meraikan kemenangan itu bertukar suram dan membuatkan ramai pimpinan PR kebingungan dengan tanda tanya bermain di kepala masing-masing termasuk Tg. Nik Abdul Aziz dan beberapa orang pimpinan pas lagi. Maka Hadi adalah perosak suasana sambutan kemenangan itu.

Hadi membuat sesuatu yang semua nya salah. Salah masa, salah tempat dan salah idea. kalau semua nya salah maka sudah tentu amat sesuai kalau Tok guru Nik Aziz kata gagasan UG adalah mengarut. Pada saya TGNA tidak kata begitu untuk menyedap mulut saja, mesti ada alasan yang kukuh. Mengikut kaedah mantiq, jika sesuatu itu membawa kepada kesilapan, maka sesuatu itu adalah silap. Jika idea UG boleh membawa kepada kesilapan, kekeliruan seterus nya perpecahan, maka UG ialah kesilapan, kesalahan, kekeliruan dan perpecahan. natijah nya ialah kesilapan, kesalahan, kekeliruan dan perpecahan adalah jika dibuat juga boleh disifat kan sebagai membuat kerja-kerja yang mengarut.

Apa yang dibuat oleh TGHH semuanya tidak sesuai. Namun dalam pemerhatian saya ada satu benda yang paling sesuai dan nampak begitu matching sekali dengan UG iaitu One Malaysia(1Malaysia). Dalam TGHH sanggup berlawan dengan nasihat TGNA, melawan arus PR dan mengecewakan sebahagian besar ahli-ahli serta pendokong pas, kelihatan TGHH boleh selari pula dengan Najib. Dalam erti kata lain ia nampak selari dengan umno. Maka tidak hairan lah TGHH dan Ust. Nasha begitu glamour dalam media prima dan akhbar-akhbar arus perdana milik umno BN.

Apabila TGHH dikritik hebat maka orang-orang kuat TGHH menyalah kan media, dengan mengatakan ini mainan media. Kita yang mengkritik nya sebagai terperangkap dengan media.
Pada saya TGHH lah yang terperangkap. Daripada ucapan dan dan kenyataan akhbar dia lah keluar bermacam-macam berita dan ulasan yang berjela-jela. Orang tak panggil nasi tambah kalau tak makan nasi, kalau kita minta nasi tambah bererti kita dah makan habis sepinggan. Mengapa media saja yang disalah kan? kalau betul ada salah lapor kenyataan atau ucapan, TGHH boleh ambil tindakan mahkamah terhadap media.

Saturday, June 6, 2009

Ulama vs Erdogan dalam PAS

Persoalan ulama, Erdogan dan profesional dalam pas sudah lama kita dengar. Pun begitu apa yang kita dengar hanyalah ulasan dari media. Kewujudan hanya dicanangkan oleh pihak media berdasarkan perselisihan pendapat di kalangan pimpinan pas.

Apa yang pasti semua pimpinan pas berjuang atas dasar yang jelas yang sudah termaktub dalam perlembagaan parti. Jadi mengapakah isu ulama. profesional dan Erdogan saja yang diperbesar-besarkan. Tentang kesepakatan mereka dalam mendaulatkan islam serta nilai-nilai murni islam tidak dihebahkan. Di sini lah kita nampak bahawa media sengaja jadikan isu ini bagi mengelirukan ahli-ahli parti seterusnya meninggalkan parti dengan alasan ahli sudah hilang keyakinan kepada pimpinan dan parti. Ini lah agenda sebenar mereka yang sememamng nya kita tahu bahawa media adalah alat umno.

Jika ini lah agenda tersembunyi mereka, sepatut nya kita perlu berhati-hati dengan mereka, jangan sekali kita sendiri menyerahkan peluru kepada yang akhir nya peluru makan tuan.
Saya sebagai ahli biasa yang sentiasa memerhati dari jauh, nampak juga beberapa kelemahan dan kesilapan yang tidak sepatut nya berlaku di kalangan pimpinan pas sendiri, ada yang menyerahkan peluru percuma kepada musuh dan ada juga masuk perangkap media dengan kenyataan yang menguntungkan musuh dalam usaha mereka membuktikan wujud nya perpecahan di kalangan pimpinan.

Pada saya perselisihan pendapat adalah perkara biasa yang perlu dilihat secara positif selagi ia tidak melibatkan dasar. Oleh itu hidupkan semangat syura agar segala kebuntuan dapat dirungkai kan secara syura. Gunakan sepenuh nya saluran parti, bukan melalui media cetak mahu pun blog-blog. Ia tidak menguntungkan parti apatah lagi islam. Bahkan merosakkan reputasi sendiri.

Salam

Alhamdulillah ana bersyukur pada ilahi kerana niat untuk untuk menjadi salah seorang blogger akhirnya tercapai jua. Sebelum ini ana hanya pembaca setia blog-blog sedia ada terutama tentang perkembangan politik semasa.

Apa yang melambatkan ana untuk mempunyai blog sendiri ialah kelemahan ana menulis. Ana bukan seorang penulis. susah nak menulis walaupun dalam kepala ada macam-macam benda yang ingin diutarakan. Harapan ana semoga blog ana ini sebagai permulaan ana menterjemahkan idea-idea ana kedalam bentuk tulisan untuk sama-sama dikongsi dengan rakyat seluruh Malaysia.

Fokus tulisan ana nanti ialah tentang politik semasa tanah air, terutama berkenaan kedudukan islam dalam negara ini. Ana juga akan menulis dan mengupas apa2 saja isu serta mengupasnya mengikut mengikut kehendak islam. insyaalah.