Friday, July 10, 2009

Polis Punca Kesesakan Lalu-lintas di Manek Urai


Beberapa hari sebelum hari penamaan calon, sudah menampakkan akan berlaku kesesakan lalu-lintas yang teruk di Manek Urai. Apa tidak nya kerana semua jentera kedua-dua parti dari seluruh negara berkampung di Manek Urai. Selebih nya pula ialah pihak keselamatan dengan segala kelengkapan ditambah dengan bilangan yang terlalu ramai yang merimaskan.


Walau apa pun punca kesesakan yang berlaku di Manek Urai, hanya satu yang ingin saya bangkitkan di sini. Yang ingin saya sebut di sini ialah kesesakan yang disebabkan oleh kehadiran anggota polis yang terlalu ramai. Mulanya saya ingin lampirkan gambarnya sekali di sini bagi menguatkan dakwaan saya, tapi memandangkan terlalu ramai anggota polis berkawal dan yang lalu lalang maka saya tak jadi nak rakam gambar2 deretan kenderaan mereka terutama di simpang empat Laloh, Lata Rek. Kalau rakam gambar silap haribulan kamera digital yang baru saya beli kena rampas pula, lagi pun saya tak nak buat hal dengan mereka. Cukup lah sekadar dengan tulisan ini.


Semakin hari, semakin teruk keadaan di sini. Tidakkah pihak PDRM perasan masalah ini terutama kepada penduduk yang setiap hari menggunakan laluan masuk ke Pekan Laloh. Kalau sesak sejam dua boleh tahan lagi, inikan pula berhari-hari. setiap hari kedengaran berlaku kemalangan kecil melibatkan motosikal di simpang itu yang terletak Balai Polis Laloh yang baru dan di situ lah didirikan dua buah khemah taktikal polis yang mana setiap khemah boleh dikatakan sebesar padang bola sekolah rendah. Ditambah lagi dengan berpuluh-puluh khemah kecil. Bayang kan berapa ramai anggota dan berapa banyak kenderaan mereka yang terpaksa parking di sekitar persimpangan itu yang boleh menghalang pandangan pemandu kenderaan yang mahu keluar masuk simpang.


Apa yang saya perhatikan di sebelah pagar balai polis itu masih ada satu kawasan lapang bertentangan dengan banglow yang belum siap yang boleh dijadikan parking lot sementara bagi mengurangkan kesesakan itu. Kalau becak pun takkan dengan peruntukan yang besar tak boleh beli batu dua tiga lori dan curahkan di situ. Takkan benda tu pun PDRM tak boleh fikir. Atau adakah sengaja nak buat kacau untuk tidak melancarkan program-program PAS di UPU Laloh yang sentiasa rancak dengan program. Mungkin juga kesesakan yang disebabkan oleh orang awam saja yang perlu diambil tindakan, manakala polis pula bebas mengganggu lalu-lintas.


Sebelum ini seringkali kita dengar program-program ceramah PAS dihentikan oleh pihak polis atas alasan mengganggu kesesakan lalu-lintas, walaupun hanya akan tamat pukul 12 malam. Maknanya kalau sesak pun hanya 2 hingga 3 jam sahaja. Tetapi dengan penuh tegas mereka arahkan supaya dihenti. Kesesakan di Simpang 4 Laloh, Lata Rek ini akan mengambil masa dua minggu. Apa tindakan mereka?


No comments:

Post a Comment